SeLaMaT BeRKuNjUnG kE CherGhiterKue

19 October 2012

hari tu...saje-saje lah nak buat nasi tomato huhu... menjadi jugak kui kui kui... rase pon boleh tahan.. x kisah lah ape orang nak kata sal aku baru nak belajar ke ape ke.. yang penting aku dah berjaya buat.. n family aku pon suke so pas ni aku leh lah masak nasi tomato selalu hehehe 

kerja..kerja..kerja

kadang-kadang tension jugak kalau org asyik tanye jer.. knp x nak kerja.. bukan lah aku memillih sangat pasal kerja atau aku x dapat kerja.. tp mungkin dengan status aku sekarang dan masa sekarang tak mengizinkan aku untuk bekerja.bukan tak berkeinginan nak kerja tapi apa kan daya.. huhu...masa tak mengizinkan..insyaAllah aku akn dapat kerja yg terbaik..amin 

12 June 2012

^_________^

3 jun 2012

pada 3 jun 2012 lepas... ada majlis pertunangan di rumah aku.. nak tau majlis sape.. hehe .. mestilah majlis aku.,dah adik badik yang lain dah kawen kan.. emm selama ni aku tertanya-tanya macam mana lah rasanya jadi tunang org kan.. rupanya macamni lah rasanya.. bertambah lah lagi tanggungjawab.. alhamdulilah selesai sudah masjlis pertunangan aku.. ^________^

eeeeeeemmm

lame dah tak bukak blog ni... banyak benda berlaku dah nak habis sem ni.. tadi masa nak buat GS11 iaitu laporan setiap sem untuk tesis baru tau yang kena ubah balik ahli jawatan kuasa.. mujur lah member aku tengok akalu tak sampai nak bentang nanti aku tak dapat lah bentang

05 February 2012

PeTua MenJadiKan KuLit Bersih dan Menghilangkan jeragat dan Jerawat

Hai semua, hari ni anie nak cite sikit petua macamana nak jadikan kulit bersih dan hilang dari jeragat dan jerawat.

Ok.. petua ni ada tiga langkah

Mula-mula anie ceritakan dulu apa bahan-bahan yang korang kena ada..

1. Beras
2. Kunyit
3. Air Mawar
4. Bedak sejuk

ok sekarang anie akan cite cam ne korang nak buat..

Langkah pertama korang kenalah ambik beras dan rendamkan semalaman.
 kemudian toskan beras tu dan ditumbuk , setelah menjadi tepung hendaklah di campurkan dengan air. kemudian di sapukan di muka seperti bedak sejuk. tunggu sehingga dia kering. setelah kering gosok dengan rata di muka dan cuci muka dengan span lembap.


Langkah Kedua korang ambil kunyit hidup dan di parut , kemudian campurkan air sedikit dan sapukan diseluruh muka . tunggu sehingga kering dan kemudian sapu sehingga rata di seluruh muka dan basuh dengan span lembap.. Lap muka sehingga kering.

Langkah Ketiga , ambil bedak sejuk dan campurkan dengan air mawar dan sapukan kepada muka anda sehingga kering. kemudian ratakan . setelah itu bersihkan muka dan sapukan dengan air mawar... 
selamat mencuba =)










27 November 2011

jumaat

jumaat yang lepasaku pergi ke kedai utk membeli barang.. barang yg agakpenting jugaklah hehe.. tapi 

mase tu dah malam.. lebih kurang kol 8 lebih lah.. mak risau kot jadimak suruh aku gi kedai ngan abah.. 
sewaktu dalam perjalanan ke kedai baru aku sedar akudah lama x naik motor dengan abah.. dah empat tahun. 
akhir sekali waktu aku kerja kat kolam ikan.. lamanya ... cepat betul masa berlalu... x sangka aku.. rindu plak waktu tu... 

hehe kalau nak cerita kisah suka duka, jatuh bangun aku masa tu memang banyak,... x cukup 1001 malam hehe... 
so cite hari ni just nak kongsi bahawa walau apepun berlaku abah tetap ada untuk membantu luv u abah.

.rindu mase kecik2.. time sekolah rendah abah selalu anta n jemput aku g sekolah n balik sek.. best mase tu.. 

yang paling aku x leh lupa masa tu aku baru darjah dua.. abah cuma ada motor honda kapcai.. kebetulan waktu tu motor rosakn mmg masa rosak tu betul2 masa menaiki bukit.. kesian abah... abah relah tolak motor tu dan suruh aku duk atas motor.. dah lah naik bukit .. aku plak duk atas tu.. kesiannya abah... tulah kasih abah..luv u abah..luv u..x dapat aku membalas jasa abah...